Pelaut Membantu Palestin !

Assalamualaikum.

Dalam kesibukan mencari nafkah sebagai pelaut, cuba lah mencari sedikit ruang untuk melakukan sedikit amal. Walaupun sukarnya menempuh hidup sebagai pelaut, masih ada lagi insan yang menempuh hidup yang amat sukar dari kita.

Disini saya hendak kongsikan kepada rakan-rakan. Dikhabarkan rakan-rakan pelaut memperoleh gaji yang memuaskan. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan rakan-rakan cara mudah untuk beramal disamping sibuk dalam melaksanakan tugas sebagai pelaut, jangan kita lupa tugas kita sebagai umat islam. Saudara-saudara islam kita di Palestine amat memerlukan bantuan dari kita.

Disini saya kongsikan tentang Auto debit, potongan bulanan daripada akaun anda ke akaun Aman Palestin .
Langkah ini mudah dan sesuai bagi pelaut seperti kita yang tidak punya kesempatan untuk menghulurkan bantuan sekiranya bertugas.

Untuk makluman, pihak Aman Palestin hanya mampu menyediakan perkhidmatan Auto debit melalui Maybank sahaja.


Aman Palestin juga telah menganjurkan kempen 1 Rumah 1 Tabung Palestin bagi menggalakkan setiap ahli keluarga menyumbang kepada Palestine sedikit demi sedikit setiap hari. Anda boleh membeli Tabung Palestin dengan harga RM3 (rendah)  RM5 (tinggi).


Saya berharap rakan-rakan pelaut mengambil peluang ini untuk menyalurkan sumbangan kepada saudara kita di Palestin di samping menunaikan tanggung jawab sebagai umat islam. Insha'Allah pahala daripada sumbangan ikhlas dari anda akan sentiasa mengalir. Jom mulakan sumbangan serendah RM10. =)

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh terus menghubungi Aman Palestin , saya hanya berkongsi sahaja. =) 

Wallahu'alam.

Sebab kitorang Fleksible

Assalamualaikummmm....w.b.t ^^
yg di hadapan shabat2 dan pembaca blog,yg di blkg org2 yg mendukung  budakapal ,yg di kiri pembantu2 yg bekerja keras, yg di kanan fighter2 yg taf2 yg dikasihi sekalian..

walaupun  budakapal  sibuk dengan asaimen,class,junior....ops,junior..?hehee,suruh je buat ape,smua budak kapal boleh buat,so kat sini  aku  nk proof yg budakapal ni fleksible.suruh je buat ape,smua jalannnn.kali ni buat short film pulak.

bertambah lagi projek budakapal,kali ni join aktiviti Poli,PUO ade bukak pertandingan video islam yg bertema "Amalan Akhlak yang baik"..

heheee, sokongan dari housemate lah yg menjayakan video ni,kalau xde dorang memang xwujud video ni..
video ni komedi,nak gelak,gelak lah,klau xlawak xyah gelak..hehe..tp camne pon  budakapal  tetap puas hati ngan video ni..

Video dah submit,keputusan menang ke tidak belum tahu lagi,maybe minggu depan kot..pape pon  budakapal  memang xsabar nk tunggu keputusan..hehehee
nak tengok video..??heheheeee
ni proses pengambaran,ahli2 crew yg terlibat...  ^__^

Pelakon - Aliff dan Fuad 

betul2 belakon nih
hah,ni la kepala die..

tapi ni setan die..huu

hahaha

Crew production yg terlibat





marah ke yop

selected scence 

crew yg bekerja keras dan menjayakan Video nih


Hasilnya..heheee



Sebab ape kitorang fleksible..?
sebab sokongan dan kerja sama antara satu sama lain tu penting...
^^

Lagu dah siap..!

Salam gempur.heheee..Dengan bangganya aku dengan alip liemek berjaya siapkan lagu untuk Jabatan.Lagu ni hasil daripada gabungan aku ngan Alip Liemek.lagu ni dihasilkan melalui pelbagai peringkat.Setelah ditapis,di edit,di gubah dan sebagainya,akhirnya siap sepenuhnya.Kami memilih recording studio di Tawau,Sabah untuk buat Minus One,memang terbaik sebab Alip pernah berurusan dengan studio ni.So aku puas hati la dengan lagu ni,xtaw la korang macam mane.Lagu ni mengambil masa selama 2minggu untuk siap sepenuhnya dikira daripada peringkat pertama (bunyi mulut je) sehinggalah penghasilan Minus One.So,yang mane lagu ini telah pun diperkenalkan kepada students Marine dan mendapat sabutan,maknanye dorang setuju lah dengan lagu ini.Cuma belum lagi diperkenalkan kepada Staf2,dan Lecturer je.

Malam ni,akan jadi detik2 sejarah sebab aku dah masukkan agenda Perasmian Lagu Jabatan kedalam aturcara untuk Marine Party MALAM INI...!!Lagu ni di beri tajuk "Jutera Samudera".Malam ni semua orang akan nyanyikan lagu ini.wahhhh..xsabar chooooorr.....

so,kat sini aku bagi bunga2 je lagu ini untuk korang dengar,ni pun record pakai fon,kalau nak minus one kat sini mmg xboleh lah,copyright kot.pape pon,kalau xsedap sori lah,saye budak baru belajar..

jemput la datang Marine Party malam ni.

untuk dengar lagu,Click sini

JURUTERA SAMUDERA

kami pemuda negara,
berusaha mencapai cita
majukan ekonomi Malaysia
capai wawasan negara

jurutera samudera
megah terbilang di mata dunia
berdisiplin serta berbakti
lambang impian murni,

gagah berdiri
di dalam satu suara
politeknik ungku omar
menggenggam janji
dengan berbekal
pengajar yang berdedikasi
tranformasikan negara
ke mata dunia

tekad kekalkan tradisi
kerjasama tersemat dihati
pantang jatuh bangun kembali
jurutera berkualiti

kita sahut segala cabaran (2x)
gempur marine! x3


KOMPOSER : KHAIRUL NAIM BIN MHD HASHIM        01DKP08F2014
LIRIK             :MOHD ALIFF BIN AMINUDDIN        01DKP08F2017

Projek Department Anthem hampir selesai.

Kalau nak kira sem 6 dulu dengan sem 7 skarang ni,aku agak sem 6 dulu gila bz nanti dah sem7 dapat rehat,rupanya sem 7 skarang ni gila-gila bz..haihhh....asgment bilangannya sama ja,tp ketebalannya yang x sama,projek lagi,report laut lagi..adoii...
Kira ceq x tipu ampa la,betoi memang bz sampai salam pun lupa nak bagi, Ya salam...

Mlm ni Chinese New Year,dah macam tengah berperang ja,bising gila nak menulis pon gegaq pala.Ceq baru ja pas buat slide show tuk present madul Control.Xsiap lagi,pala dok elok gegaq lagi ni.Ni nak habaq,minggu lepas ceq dah siapkan logo baru tuk jabatan and sesuai tuk ex-marine,and kali ni pulak ceq baru ja lepas siapkan lagu untuk digunakan rasmi di jabatan.Harap2 diterima la pasai ceq baru ja antaq pi buat Minus One,dah la pkai duit sendiri takut nanti nak claim tengok jabatan x trima pulak,x pasai ja.Kalau singgit dua x pa,main ratus chottt...

Ceq compose lagu bukan pasai nak buat smart,asal bratuq ja nyanyi lagu Negaraku ngan lagu Puo.Lagu jabatan sendiri xdak..?tu pasai ceq smart pi buat lagu jabatan.belum siap sepenuhnya.Dalam 3 hari baru recording tu siap.So party 4 feb 2012 ni kat jabatan,dengan bantuan pengerusi kelab bercadang nak merasmikan lagu ni.Harap2 gempaq and xda halangan lah.Amiiinnnn.....

Lagu ni aku compose dengan bantuan biro usahawan yang mana dok satu umah ngan aku,Liemek.Suara dia xpayah cita la,yang mana kenai dy tau la cmna.Tu pasai aku pilih dy.yang mana xkenai biaq pi kt ampa.huuu..

Ceq x redy nak publishkan liriknya kat sini,tunggu recording tu siap dlu baru ceq publish naa.Ceq harap kalau lagu tu xsedap ampa jangan la dungu pi gelak depan2 ceq,ceq dapat mampuih ampa.Nak gelak pi jauh2,ampa nak gelak menonggeng ka,menyalak ka,mampuih pi kat ampa..hihii..Pape pun,ceq harap lagu ni dinyanyikan sampai bila2 dan dijadikan tradisi kita di jabatan.

Ungku Omar's Seafarers

Disebabkan budak rumah aku ni dah jadi Biro Usahawan,aku terpaksa tolong die jalankan projek die.Nak up kan lagi bisnes die tuk sem ni,aku designkan satu logo untuk Seafarer Puo.Bukan tujuan untuk menggantikan logo jabatan,tapi just nak menambah koleksi stiker jabatan je.heheee..So,kalau berminat nak beli stiker ni dtg lah ke jabatan kami.


Stiker.

Wallpaper.


Hahaa,xlawa jangan komen woi...Ni baru je aku siapkan.huhuuuu

The Star Online

haaa,ni aku terjumpe article ni.dok saje-saje selak internet terjumpe dak jabatan kite masuk dalam The Star.Proud jugak lah sebab melibatkan kita yang still students and ex-students dari marine engineering ni.haahaa
macam-macam di interview dibawah tajuk "Spek pekerjaan yang bagus untuk semua graduan".so,jom follow article ni kat sini





Proud to be Marine Engineer...
^^v

8 Ship Propeller yang Terbesar di Dunia

1. Emma Maersk

Marine propeller ini dibuat daripada company dari German, Mecklenburger Metallguss GmbH,ianya adalah marine propeller yang terbesar dengan berat 131 tons.


Emma Maersk adalah container ship yang terbesar buat masa kini.maka,wajarlah ship propeller yang terbesar pernah dibina , kelajuan maximum kapal sehingga 27 knots. The engineering that went into making and ensuing sustenance of such a large propeller is certainly something to wonder about, along with its size, of course.

2. Hapag Lloyd Owned container vessel.

Container Vessel ini mempunyai salah satu ship propeller terbesar yang pernah dibina. Propeller ini terdiri daripada enam bilah "blades" dan bergarispusat kira-kira 9.1 meter  dan berat 101,5 tan.

Dr. ABC

I bet you that some of you are never remember this,DR ABC,right..??.hahaaa..Rase-rase macam tak penting je an..?terpulang la kepada masing-masing nak ingat ke tak,lagipun tak susah pun nak ingat benda ni kalau kita dah pernah praktik.Bagi aku,aku rase ni penting jugak mane lah tahu in case you involved in emergency situation that you tak ada sape-sape pon time tu,so tak kan nak nganga je kot..?
nak-nak pulak kena kat ahli keluarga korang sendiri mesti Panic plus Blank, lastly korang jugak yang menyesal.

So kat sini aku nak share lah kat sesape yang tak pernah dengar or tak pernah tahu langsung pasal DR ABC ni and refreshing balik kepada sesape yang pernah termakan semut or saje-saje yang makan semut tu sampai ABC pon tak ingat..kihkihkihh...

Okay..untuk pengenalan,DR ABC ni berdiri dibawah Lifesavers atau dikenali sebagai CPR.CPR adalah sebutan pendek daripada perkataan "Cardio Pulmonary Resuscitation" bahase ape ntah,lupe pulak lagipun tak penting pun nak ingat perkataan ni asalkan tahu procedure die sudahhhh.

The main goal of CPR ni adalah untuk menyelamatkan nyawa atau memulihkan kembali pernafasan terhadap mangsa yang berhenti bernafas dengan memasukkan udara kedalam sistem pernafasan dan membantu pengedaran oksigen ke seluruh badan mangsa.

Jadi,perlu di ingat DR ABC ini stand for :-

D : Danger
     - Check for danger to self,orang lain dan casualty.
R : Respond
     - Adakah mangsa sedar?
A : Airway
     - Check the casualty's airway is clear.
B : Breathing
     - Adakah mangsa bernafas?
C : Circulation
     - Sehingga nadi mangsa pulih/berdenyut.

Huraian -

D : Danger
Make sure that no one else gets hurt.Anda takkan dapat membantu mangsa sekiranya anda terlibat sebagai mangsa.so,safety to your own self mesti diutamakan.Only proceed sekiranya selamat untuk berbuat demikian.

R : Respond
Sekiranya selamat,response kepada mangsa dengan menepuk-nepuk bahu mangsa,menyebut namanya atau gletek pada tapak kaki mangsa.sekiranya mangsa sedar,cuba periksa atau manage bleeding or other injuries,jika mangsa tidak sedar dan tiada nadi,sebagai penyelamat kita harus bertenang dan segera meminta bantuan sesape di sekeliling memanggil ambulance dan terus memulakan CPR.

A : Airway atau saluran pernafasan atau mulut mangsa
Pastikan saluran pernafasan,mulut atau hidung mangsa bebas daripada sebarang yang menghalang saluran pernafasan terbabit.
Letakkan satu tangan di dahi mangsa.
Menyokong dagu dengan tangan yang lain.
Perlahan-lahan sengetkan kepala ke belakang.
Angkat rahang dan buka mulut mangsa sedikit.

B : Breathing
Sekiranya mangsa didapati tak bernafas,teruslah memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut sebanyak 2 kali dengan menutup rapat hidung mangsa dan hembus ke mulut.
Seterusnya lakukan tekanan (compression) dengan menggunakan dua jari (jari telunjuk dan jari hantu) di tengah bawah dada iaitu di antara rusuk kanan dan kiri di mana terletaknya diaphragm. Ini membantu pengaliran udara yang ditiup tadi ke seluruh badan mangsa. Lakukan sebanyak 30 kali 'compression' dalam jangka 16-18 saat. Seterusnya berikan 2 kali bantuan pernafasan dan 30 kali compression atau tekanan di dada.

C : Circulation atau peredaran udara
Tekanan seperti yang disebut di atas sangat penting bagi memastikan peredaran udara ke seluruh badan mangsa.Proses tadi hendaklah di buat sebanyak 5 kali dan kemudian periksa samaada mangsa pulih,sekiranya tak,lakukan proses tadi sehingga bantuan kecemasan tiba atau sehingga mangsa kelihatan bernafas.


hah,ingat sudah..?sampai hari ni aku ingat lagi,takkan korang tak boleh kot..?hehee,aku ingat pon sebab aku baru je lepas buat Course Medical First Aids kat Pelita Akademi...
hehee..
pape pun,korang praktik2 la kt rumah..
kalau entry ni intrested,click la like yea..?
^^v

Baucer buku rm200

tak boleh blah,bagi la cash money ke..

korang tak dapat lagi p la tanya korang punye IPT,masuk sini memang tak dapat ape lah..
har har har...!!~

Masyuk

Miracle pada hari jumaat..?memang menakjubkan..dah lama asik makan megi je.adoi,naik botak kepala..
nak-nak pulak hujung-hujung tahun ni an,masyuk pulak memang best..!
macam-macam aktiviti boleh buat pasni,

kau memang hensem la PTPTN..

yuhuuu..!

Masuk poli balik..!!

amacam brader,coki-coki..?sedaap..??

hah..dah puas cuti..?
Ehem ehem..tak reti nak balik Taman Cempaka..?
hehehee..
Ape la agaknya korang buat time cuti ni kat rumah..?
Kait buah durian ke..?tau la skarang musim durian..?sape rumah die ade pokok durian bawak-bawak la turun ipoh,adoi..Tak lalu nak beli kat brader depan benteng tuu,rm10=5 biji,murah beb,memang hari2 beli la..Sedap pulak tu,tapi kalau dapat durian free lagi sedap.heheeee..
tengok,ni dah melalut topik lain,durian nyam nyam...huuu

okay,Entry ni pasal daftar poli.perhhh,excited kot nak masuk poli balik,
gile lah,dekat stahun 6bulan tinggalkan poli pegi merantau jejauh.opsss...bukan aku yeah,tu sem6 yang baru turun kapal,aku takde la excited pon,lagi malas ade lah.huuuu
mane taknye, abis final paper terus shot pergi KKB buat Advance Fire Fighting,alaa macam buat Modular Course jugak,penat die takmau cakap la,sendiri rasa sendiri cerita,ok..?
heheeee..makan seminggu jugak buat course tu,yang lebih,dapat cuti dekat 2minggu je..?
ape cer..??skali tido dah makan 1 hari..?(tido ke mati?)
huuuuuu..
memang tak puas,tapi takpe sebab sem7 ni kelas sikit je pastu semester pendek je,4bulan pastu enjoy...!!!
result dah kluar,memang tak ensem lah result aku,trun mendadak beb,asal eh..??(effect mabuk laut lagi kot?)
ape-ape je lah.okay nak daftar poli pon pening,macam-macam sistem dah tukar,adoii..
semak gak palotak.

tengok lah dorang,bukti pon ade kan..?
memang semak la palotak sistem poli sekarang.
nak bayar itu lah,ini lah.ape pon tak boley.

ade pulak yang bayar rm260,ade yang ensem bayar rm280..?mane satu ni weyh..?aritu aku bayar rm280..?maybe aku ni ensem kot.hohohooo..
ade member aku akauntan kat bank islam ipoh,aku ingatkan member boleh la kautim,rupanya tak boleh,heheheeeeee(memang tak boleh kautim maaa)

haaa...Macam-macam dorang dah plan untuk sem ni,ade yang nak bawak toyol..?maybe pengaruh cerita toyol yang baru kuar ni kot..?huuuuu..ade yang dok cerita pasal PNM..tak kisah lagi,siap HPNM skali..?hahaha,jangan marah prakash..???huuu,siap cerita material B+..??ahahaha..chill... ^^v

maybe diorang rindu kot nak tengok adik-adik dorang sem1-3 kat poli tu..?huhuu..
haaaiiiippp!! study je,jangan buat aktiviti lain,tak elok,babab kang..


hahahaa,yang sorang ni orang sibuk dengan daftar poli die boleh pulak tarik perhatian tengok gambar bukan-bukan..?hahaha,pelaq hang noh..aku pon kena tipu,ingatkan betoi la,Maya Karin beb,sape taknak ushar.huhuuu..
padahai gambaq hantu bodo,nasib baik aku ni cool ja,kalau orang lain tak pasai ja melompat.har har harr....

Alai..?haaaa,die tengah hafal skrip nih,bahaya brader nih,jangan main-main..hahaa,habis la adik-adik korang..huuuuuu






 hehee,entry tah pape,saja ja melalut pagi-pagi tak buleh tidoq,tak taw pa dia ceq nak buat dah,last-last dok keja menulis ja..
kalau ceq terlalut lebih ka ceq just buleh habaq kat ampa "Im sorry" (macam amer raja lawak dok cakap tuu)
hahaa,ni nak buat muka cute,yang mana baru turun kapai tu,masyuk an..??ceq taw lama dah,ampa semua tuu ensem-ensem,tak tipu aih..cute pulak tu,badan ampa suma taf-taf an an an..??mai la rumah ceq,blanja cendol ka,pa la salahnya.heheeeee ^^v

Malaysia Kekurangan Pelaut, Kata Menteri Pengangkutan – Bernama

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) — Kekurangan tempat latihan di dermaga bagi pegawai kadet dan daya tarikan skim perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat perkapalan berpangkalan di luar negara telah mengakibatkan kekurangan tenaga pakar tempatan dalam industri maritim negara.
Memburukkan keadaan tersebut, Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat berkata fenemona global bahawa pelaut-pelaut pula memilih untuk bersara lebih awal bagi mengejar kerjaya di daratan.
Beliau berkata demikian pada ucaptama Persidangan Maritim kebangsaan Mengenai Modal Insan dan Hala Tuju Malaysia di sini hari ini.
Teks ucapannya disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool.
Persidangan dua hari itu bertujuan membincangkan isu-isu yang dhadapi oleh pegawai pelaut dan pelaut kategori bawahan.
Hasil perbincangan persidangan itu akan digunakan bagi menggubal inisiatif hala tuju dengan penekanan khusus bagi memastikan bekalan tenaga kerja yang terlatih, berkelayakan dan mendapat ganjaran yang sesuai untuk pelaut tempatan.
Pada sidang akhbar kemudian, Ketua Pengarah Jabatan Laut Semananjung Malaysia Kapten Datuk Ahmad Othman berkata pihaknya bercadang memperkenalkan pelaut sebagai kerjaya kepada murid lepasan sekolah.
“Buat masa ini, bukan ramai pelajar lepasan sekolah sedar bahawa ada kerjaya dalam kapal-kapal dagang di Malaysia.
Ahmad berkata walaupun tugas sebagai pelaut menawarkan ganjaran yang agak lumayan ia juga bermakna seseorang pelaut itu terpaksa menghabiskan masa terlalu lama dari keluarga.
–BERNAMA


Solution kalau korang kene banned dari mana-mana sites.

Ni untuk kaki-kaki hack game je..tak pon sesape yang suke hack mane-mane site.bile korang dah tersilap hack,maybe korang punye lappy sendiri kene banned sampaikan tak boleh langsung masuk site yang korang hack tu.Macam aku dulu gile main Zynga Poker.Bile dah bankrap teruk mule lah nak dapatkan chips free.Macam-macam aku try,lastly dapat jugak chips.

Ni hasil daripada usaha aku.

Tak sempat nak enjoy je ada la dalam 3 tables aku main tibe2 blank.
Aku try login balik,tak boleh.Nak bukak main page facebook pon tak boleh.Totally block.
Adoi,sakit kepala aku.Aku try login kat lappy lain boleh je,tapi chips trus ZERO.Memang bengang lah.
Aku ingatkan facebook aku kene banned,tapi just lappy aku je yang tak boleh bukak facebook.So,ni prob kecik je,facebook just banned user daripada my own lappy.
Solution nya macam ni,simple.

1 > Buka My Computer,
2 > click >“tool” “Folder Options...”,”View”, “show hidden files,folder and drives”


3 > Remove highlight on the “Hide protected operating systems (Recommended)”  then nanti keluar    warn,"yes" je.Dah tu click “OK” atau "Apply",

Macam dalam pic ni

4 > Open “ACER (C:) > Windows > System32 > drivers > etc”


5 > Open “host” (Text Document),

pastikan "hosts' format (text document).

focus pada highlight tu,
6 > Remove or delete “222.22.22.2           www.facebook.com”.

7 > Close the Tab, “Save”.

kat situ ade tertera mana-mana page yang anda kene banned,caranya remove je macam facebook tu..
So,hope anda tak yah risau,hack la mana-mana page yang anda suka.ehehee...

thanks for reading this tutorial,kalau menarik just klik je Like button..
^^v

Nak Semak Seatime..??

haaa..korang yang baru turun kapal mesti mengelabah nak cek seatime an..
Entry kali ni aku wat tutorial macam mane nak semak seatime.
Puas juga aku cari,ni baru aku jumpe so aku share dengan korang.

1 > korang click je kat sini .
2 > Select Port Office tempat korang buat Seafarer Card dulu.
3 > click pada Jobseeker




















4 > click Apply as Jobseeker










5 > Masukkan Seafarer I/D anda









6 > Tick pada Seatime,pastu maklumat anda akan keluar seperti dibawah













Anda juga boleh semak maklumat lain seperti Certificate,Course,Discharge Book..dengan "tick" sahaja pada kotak kosong tuu..

Thanks for reading...kalau menarik just click like je..
^^v

Susah payah pelaut negara cari rezeki...

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, baru-baru ini menyarankan agar bidang perkapalan dipromosikan kepada remaja Malaysia. Memang benar Malaysia mempunyai kemahiran dalam industri kapal, minyak dan gas, juga merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. Terima kasih Tun kerana membangkitkan hal ini.
Untuk pengetahuan, suami saya telah bekerja selama hampir 20 tahun dengan syarikat perkapalan terbesar di Malaysia. Selalunya beliau belayar selama empat hingga ke enam bulan. Memang kerja beliau amat mencabar dan memerlukan tahap kemahiran, pengalaman serta kesabaran yang tinggi.
Walaupun dibayar dengan gaji agak ‘banyak’ mengikut pangkat dan pengalaman tetapi yang amat tidak faham (mungkin juga isteri-isteri pelaut lain) ialah mengapa gaji mereka masih lagi rendah berbanding dengan pelaut luar yang baru bekerja di syarikat tersebut terutamanya dari Filipina. Mereka dibayar mengunakan mata wang USD?
Lebih mengecewakan kebanyakan mereka tidak tahu buat kerja. Pengalaman kerja kosong! Apakah kelayakan pelaut kita dari Akademi Laut Malaysia (ALAM) ini tidak cukup bagus berbanding dengan pelaut luar?
Mereka juga susah untuk membuat pinjaman di bank, sama ada pinjaman peribadi, rumah atau kereta. Dengan alasan mereka belayar kapal, slip gaji tak laku, kerja kontraklah dan seribu macam alasan.
Kalau dapat pun pinjaman, faedah yang dikenakan amatlah tinggi. Nasiblah ada juga isteri-isteri mereka yang bekerja, boleh juga membuat pinjaman sendiri walau pun hakikatnya yang membayar adalah suami masing-masing.
Bagaimana pula jika isteri-isteri mereka tidak bekerja? Bagaimana mereka hendak membeli aset-aset untuk masa depan? Di manakah keistimewaan pelaut kita sebagai rakyat Malaysia?
Mereka bertungkus-lumus bekerja di tengah lautan mencari rezeki dengan berbulan-bulan meninggalkan keluarga. Kami tak kisah pun sebab itu kerjaya mereka. Tetapi kenapa kebajikan mereka tidak dijaga dengan baik? Di manakah mereka hendak mengadu ketidakpuasan hati masing-masing? Mungkin perkara ini tidak diketengahkan kepada pihak atasan, malah mungkin pihak atasan tidak tahu langsung mengenainya.
Saya dan juga isteri-isteri pelaut yang lain betul-betul tidak faham, sedih dan kecewa dengan situasi ini. Adakah syarikat berkenaan terlepas pandang perkara tersebut atau buat-buat tak pandang?
Diharap pihak berwajib tolonglah buat sesuatu. Kajilah kembali gaji dan kebajikan mereka sebelum ramai lagi pelaut Malaysia di syarikat itu ‘merajuk’ dan lari ke syarikat lain dengan tawaran yang lebih baik. Malah itulah yang sedang berlaku. Masih tak nampak ke?
Mereka masih sayang dan setia dengan syarikat ini kerana ia milik Malaysia. Tetapi adakah syarikat ini sayang kepada rakyat negara sendiri?


petikan dari  http://www.utusan.com.my