Modular Course

Assalamualai kum..!^^ sememangnya perut aku kenyang baru je habiskan megi kari dimasak dengan dua biji telur,perh..memang meletup.nak-nak pulak duduk sesorang je dekat  taman chempaka ni beralamat no.16, sari 40..hahaha..Budak rumah semua pergi kursus kat Pelita Akademi ,di Kuala Kubu Baru,Selangor.Giliran aku pada 5hb/12/2011.Nasib la kursus lambat.Kali ini Modular Course about Survival,bayarannya lebih murah daripada Basic and Safety Training yang kami buat pada hujung semester dua dahulu.


Kursus Basic and Safety Training (BST) ni penting sekali untuk dijadikan tiket untuk bekerja di atas kapal,kalau tak ada kursus ini,tak boleh.heee..bayarannya tak adalah mahal sangat,RM1300 kot,lupa sudah..hee.kepada sesiapa yang berminat untuk bekerja di atas kapal pergi la buat kursus ni,kalau personal tak tahu lah berapa bayarannya.hahaa.okeyh..

Kami bertolak daripada Ipoh pada 18/12/2009 pada jam 1600hrs.Perjalanan penuh rintangan hujan pPublish Postanas kami redah juga.Konvoi beramai-ramai seiring dengan budak sekelas,time tu sem dua.bersama dengan abang-abang senior sem enam dan tujuh.Ramai jugak lah dekat 80 orang.



Pergi naik motor je.hehee..Kami sampai setelah dicampur-tolak dengan berhenti rehat,makan,buang air,kira-kira dalam 3jam setengah.dalam jam 1940hrs kami tiba di lokasi.

Sebaik tiba dilokasi,kami diberi tempat tinggal,kami tinggal di kem PLKN daerah KKB.hehee.duduk dalam dorm lah jawabnya.Semua kelihatan penat,mane tak nye,hampir 4 jam memandu.ahahaa(taka de la lame sangat).Malam tu semua tido awal.


Ni namenye Fuad,budak rumah aku..ahahaa

Hari ke-2

Kami masuk ke kelas untuk meneruskan kursus kami,diberi taklimat oleh Capt.Sapuan.Capt. berasal daripada company MISC,kami memulakan kelas dengan mendengarkan pengalaman daripadanya.perhh,masa tu memang la best dengar,rasa macam tak sabar je nak naik kapal.hehee.Macam-macam dia cerita.Rasa-rasa kelasnya tak lama pun,dalam sejam je,lepas tu kami dijamu sarapan dengan kuih-muih dan air kopi,tujuan air kopi tak nak bagi pelatih mengantuk.ahahaa.Habis je tea break masuk ke kelas,tak sampai je setengah jam,hampeh...hampir separuh kelas tidur..ahahaaaa





Hari ke-3
Kami ditukarkan ke kelas di kolam untuk persiapan atau pengenalan sebelum membuat amali.Kelas kali ni memang menarik,kena pulak jurulatih kali ini Super senior kami pulak,memang kena ragging lah jawabnye.ahahaha..tapi okay juga,tak ada lah sampai tidur dalam kelasnya,ada lah juga aktiviti.Kelas pada hari itu sepatutnya tentang Fire Fighting,lastly bukan mengajar,menyebang je dalam kelas bersama jurulatih,bercerita tentang taman chempaka,Poli,kapal..adoi..layannn...enjoy la juga kelas tu.


 Hari ke-4
Kelas Amali,pakai coverall.terjun lombong..!ahahaa..Platform 5meter  tinggi  siap pakai LifeJacket lagi.memang layan.hahaa.





Hari ke-5
Memang memenatkan,sehari sebelum tu kelas amali.Malam tu semua pakat tidur awal.kesian…hari ke lima,hari terakhir di lokasi.Kelas kali ini tentang ape entah,lupa pula..tapi bahagian personal safety,kami di iring oleh Doc.Hamzah kot.lupa…di dalam kelas kami diajar untuk merawat pesakit dan sebagainya.memang happy,bukan banyak belajar,banyak main je..


Doc.Hamzah memberi penerang tentang rawatan ketika kemalangan melibatkan mata,Liemek menjadi model.hehee
 Keadaan dalam kelas,agak focus pada mulanya.huuu
 Pelatih diberi peluang untuk praktik perkara yang telah di ajar didalam kelas.
Ah Keong pon tidak ketinggalan,hahahaa

Yang ni Mohd Reza bersama rakan sejatinya,Fandy berasal dari sabah.

Yang ni belajar advance daripada yang telah di ajar,good job!

 Ketika sibuk didalam sesi pembelajaran.

Berakhirlah Kursus bagi permulaan untuk Jurutera Samudera.Thanks for reading..! 

1 comment: