Sebab kitorang Fleksible

Assalamualaikummmm....w.b.t ^^
yg di hadapan shabat2 dan pembaca blog,yg di blkg org2 yg mendukung  budakapal ,yg di kiri pembantu2 yg bekerja keras, yg di kanan fighter2 yg taf2 yg dikasihi sekalian..

walaupun  budakapal  sibuk dengan asaimen,class,junior....ops,junior..?hehee,suruh je buat ape,smua budak kapal boleh buat,so kat sini  aku  nk proof yg budakapal ni fleksible.suruh je buat ape,smua jalannnn.kali ni buat short film pulak.

bertambah lagi projek budakapal,kali ni join aktiviti Poli,PUO ade bukak pertandingan video islam yg bertema "Amalan Akhlak yang baik"..

heheee, sokongan dari housemate lah yg menjayakan video ni,kalau xde dorang memang xwujud video ni..
video ni komedi,nak gelak,gelak lah,klau xlawak xyah gelak..hehe..tp camne pon  budakapal  tetap puas hati ngan video ni..

Video dah submit,keputusan menang ke tidak belum tahu lagi,maybe minggu depan kot..pape pon  budakapal  memang xsabar nk tunggu keputusan..hehehee
nak tengok video..??heheheeee
ni proses pengambaran,ahli2 crew yg terlibat...  ^__^

Pelakon - Aliff dan Fuad 

betul2 belakon nih
hah,ni la kepala die..

tapi ni setan die..huu

hahaha

Crew production yg terlibat





marah ke yop

selected scence 

crew yg bekerja keras dan menjayakan Video nih


Hasilnya..heheee



Sebab ape kitorang fleksible..?
sebab sokongan dan kerja sama antara satu sama lain tu penting...
^^

Lagu dah siap..!

Salam gempur.heheee..Dengan bangganya aku dengan alip liemek berjaya siapkan lagu untuk Jabatan.Lagu ni hasil daripada gabungan aku ngan Alip Liemek.lagu ni dihasilkan melalui pelbagai peringkat.Setelah ditapis,di edit,di gubah dan sebagainya,akhirnya siap sepenuhnya.Kami memilih recording studio di Tawau,Sabah untuk buat Minus One,memang terbaik sebab Alip pernah berurusan dengan studio ni.So aku puas hati la dengan lagu ni,xtaw la korang macam mane.Lagu ni mengambil masa selama 2minggu untuk siap sepenuhnya dikira daripada peringkat pertama (bunyi mulut je) sehinggalah penghasilan Minus One.So,yang mane lagu ini telah pun diperkenalkan kepada students Marine dan mendapat sabutan,maknanye dorang setuju lah dengan lagu ini.Cuma belum lagi diperkenalkan kepada Staf2,dan Lecturer je.

Malam ni,akan jadi detik2 sejarah sebab aku dah masukkan agenda Perasmian Lagu Jabatan kedalam aturcara untuk Marine Party MALAM INI...!!Lagu ni di beri tajuk "Jutera Samudera".Malam ni semua orang akan nyanyikan lagu ini.wahhhh..xsabar chooooorr.....

so,kat sini aku bagi bunga2 je lagu ini untuk korang dengar,ni pun record pakai fon,kalau nak minus one kat sini mmg xboleh lah,copyright kot.pape pon,kalau xsedap sori lah,saye budak baru belajar..

jemput la datang Marine Party malam ni.

untuk dengar lagu,Click sini

JURUTERA SAMUDERA

kami pemuda negara,
berusaha mencapai cita
majukan ekonomi Malaysia
capai wawasan negara

jurutera samudera
megah terbilang di mata dunia
berdisiplin serta berbakti
lambang impian murni,

gagah berdiri
di dalam satu suara
politeknik ungku omar
menggenggam janji
dengan berbekal
pengajar yang berdedikasi
tranformasikan negara
ke mata dunia

tekad kekalkan tradisi
kerjasama tersemat dihati
pantang jatuh bangun kembali
jurutera berkualiti

kita sahut segala cabaran (2x)
gempur marine! x3


KOMPOSER : KHAIRUL NAIM BIN MHD HASHIM        01DKP08F2014
LIRIK             :MOHD ALIFF BIN AMINUDDIN        01DKP08F2017