Lagu dah siap..!

Salam gempur.heheee..Dengan bangganya aku dengan alip liemek berjaya siapkan lagu untuk Jabatan.Lagu ni hasil daripada gabungan aku ngan Alip Liemek.lagu ni dihasilkan melalui pelbagai peringkat.Setelah ditapis,di edit,di gubah dan sebagainya,akhirnya siap sepenuhnya.Kami memilih recording studio di Tawau,Sabah untuk buat Minus One,memang terbaik sebab Alip pernah berurusan dengan studio ni.So aku puas hati la dengan lagu ni,xtaw la korang macam mane.Lagu ni mengambil masa selama 2minggu untuk siap sepenuhnya dikira daripada peringkat pertama (bunyi mulut je) sehinggalah penghasilan Minus One.So,yang mane lagu ini telah pun diperkenalkan kepada students Marine dan mendapat sabutan,maknanye dorang setuju lah dengan lagu ini.Cuma belum lagi diperkenalkan kepada Staf2,dan Lecturer je.

Malam ni,akan jadi detik2 sejarah sebab aku dah masukkan agenda Perasmian Lagu Jabatan kedalam aturcara untuk Marine Party MALAM INI...!!Lagu ni di beri tajuk "Jutera Samudera".Malam ni semua orang akan nyanyikan lagu ini.wahhhh..xsabar chooooorr.....

so,kat sini aku bagi bunga2 je lagu ini untuk korang dengar,ni pun record pakai fon,kalau nak minus one kat sini mmg xboleh lah,copyright kot.pape pon,kalau xsedap sori lah,saye budak baru belajar..

jemput la datang Marine Party malam ni.

untuk dengar lagu,Click sini

JURUTERA SAMUDERA

kami pemuda negara,
berusaha mencapai cita
majukan ekonomi Malaysia
capai wawasan negara

jurutera samudera
megah terbilang di mata dunia
berdisiplin serta berbakti
lambang impian murni,

gagah berdiri
di dalam satu suara
politeknik ungku omar
menggenggam janji
dengan berbekal
pengajar yang berdedikasi
tranformasikan negara
ke mata dunia

tekad kekalkan tradisi
kerjasama tersemat dihati
pantang jatuh bangun kembali
jurutera berkualiti

kita sahut segala cabaran (2x)
gempur marine! x3


KOMPOSER : KHAIRUL NAIM BIN MHD HASHIM        01DKP08F2014
LIRIK             :MOHD ALIFF BIN AMINUDDIN        01DKP08F2017

No comments:

Post a Comment