Masyuk

Miracle pada hari jumaat..?memang menakjubkan..dah lama asik makan megi je.adoi,naik botak kepala..
nak-nak pulak hujung-hujung tahun ni an,masyuk pulak memang best..!
macam-macam aktiviti boleh buat pasni,

kau memang hensem la PTPTN..

yuhuuu..!

Masuk poli balik..!!

amacam brader,coki-coki..?sedaap..??

hah..dah puas cuti..?
Ehem ehem..tak reti nak balik Taman Cempaka..?
hehehee..
Ape la agaknya korang buat time cuti ni kat rumah..?
Kait buah durian ke..?tau la skarang musim durian..?sape rumah die ade pokok durian bawak-bawak la turun ipoh,adoi..Tak lalu nak beli kat brader depan benteng tuu,rm10=5 biji,murah beb,memang hari2 beli la..Sedap pulak tu,tapi kalau dapat durian free lagi sedap.heheeee..
tengok,ni dah melalut topik lain,durian nyam nyam...huuu

okay,Entry ni pasal daftar poli.perhhh,excited kot nak masuk poli balik,
gile lah,dekat stahun 6bulan tinggalkan poli pegi merantau jejauh.opsss...bukan aku yeah,tu sem6 yang baru turun kapal,aku takde la excited pon,lagi malas ade lah.huuuu
mane taknye, abis final paper terus shot pergi KKB buat Advance Fire Fighting,alaa macam buat Modular Course jugak,penat die takmau cakap la,sendiri rasa sendiri cerita,ok..?
heheeee..makan seminggu jugak buat course tu,yang lebih,dapat cuti dekat 2minggu je..?
ape cer..??skali tido dah makan 1 hari..?(tido ke mati?)
huuuuuu..
memang tak puas,tapi takpe sebab sem7 ni kelas sikit je pastu semester pendek je,4bulan pastu enjoy...!!!
result dah kluar,memang tak ensem lah result aku,trun mendadak beb,asal eh..??(effect mabuk laut lagi kot?)
ape-ape je lah.okay nak daftar poli pon pening,macam-macam sistem dah tukar,adoii..
semak gak palotak.

tengok lah dorang,bukti pon ade kan..?
memang semak la palotak sistem poli sekarang.
nak bayar itu lah,ini lah.ape pon tak boley.

ade pulak yang bayar rm260,ade yang ensem bayar rm280..?mane satu ni weyh..?aritu aku bayar rm280..?maybe aku ni ensem kot.hohohooo..
ade member aku akauntan kat bank islam ipoh,aku ingatkan member boleh la kautim,rupanya tak boleh,heheheeeeee(memang tak boleh kautim maaa)

haaa...Macam-macam dorang dah plan untuk sem ni,ade yang nak bawak toyol..?maybe pengaruh cerita toyol yang baru kuar ni kot..?huuuuu..ade yang dok cerita pasal PNM..tak kisah lagi,siap HPNM skali..?hahaha,jangan marah prakash..???huuu,siap cerita material B+..??ahahaha..chill... ^^v

maybe diorang rindu kot nak tengok adik-adik dorang sem1-3 kat poli tu..?huhuu..
haaaiiiippp!! study je,jangan buat aktiviti lain,tak elok,babab kang..


hahahaa,yang sorang ni orang sibuk dengan daftar poli die boleh pulak tarik perhatian tengok gambar bukan-bukan..?hahaha,pelaq hang noh..aku pon kena tipu,ingatkan betoi la,Maya Karin beb,sape taknak ushar.huhuuu..
padahai gambaq hantu bodo,nasib baik aku ni cool ja,kalau orang lain tak pasai ja melompat.har har harr....

Alai..?haaaa,die tengah hafal skrip nih,bahaya brader nih,jangan main-main..hahaa,habis la adik-adik korang..huuuuuu






 hehee,entry tah pape,saja ja melalut pagi-pagi tak buleh tidoq,tak taw pa dia ceq nak buat dah,last-last dok keja menulis ja..
kalau ceq terlalut lebih ka ceq just buleh habaq kat ampa "Im sorry" (macam amer raja lawak dok cakap tuu)
hahaa,ni nak buat muka cute,yang mana baru turun kapai tu,masyuk an..??ceq taw lama dah,ampa semua tuu ensem-ensem,tak tipu aih..cute pulak tu,badan ampa suma taf-taf an an an..??mai la rumah ceq,blanja cendol ka,pa la salahnya.heheeeee ^^v

Malaysia Kekurangan Pelaut, Kata Menteri Pengangkutan – Bernama

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) — Kekurangan tempat latihan di dermaga bagi pegawai kadet dan daya tarikan skim perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat perkapalan berpangkalan di luar negara telah mengakibatkan kekurangan tenaga pakar tempatan dalam industri maritim negara.
Memburukkan keadaan tersebut, Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat berkata fenemona global bahawa pelaut-pelaut pula memilih untuk bersara lebih awal bagi mengejar kerjaya di daratan.
Beliau berkata demikian pada ucaptama Persidangan Maritim kebangsaan Mengenai Modal Insan dan Hala Tuju Malaysia di sini hari ini.
Teks ucapannya disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool.
Persidangan dua hari itu bertujuan membincangkan isu-isu yang dhadapi oleh pegawai pelaut dan pelaut kategori bawahan.
Hasil perbincangan persidangan itu akan digunakan bagi menggubal inisiatif hala tuju dengan penekanan khusus bagi memastikan bekalan tenaga kerja yang terlatih, berkelayakan dan mendapat ganjaran yang sesuai untuk pelaut tempatan.
Pada sidang akhbar kemudian, Ketua Pengarah Jabatan Laut Semananjung Malaysia Kapten Datuk Ahmad Othman berkata pihaknya bercadang memperkenalkan pelaut sebagai kerjaya kepada murid lepasan sekolah.
“Buat masa ini, bukan ramai pelajar lepasan sekolah sedar bahawa ada kerjaya dalam kapal-kapal dagang di Malaysia.
Ahmad berkata walaupun tugas sebagai pelaut menawarkan ganjaran yang agak lumayan ia juga bermakna seseorang pelaut itu terpaksa menghabiskan masa terlalu lama dari keluarga.
–BERNAMA


Solution kalau korang kene banned dari mana-mana sites.

Ni untuk kaki-kaki hack game je..tak pon sesape yang suke hack mane-mane site.bile korang dah tersilap hack,maybe korang punye lappy sendiri kene banned sampaikan tak boleh langsung masuk site yang korang hack tu.Macam aku dulu gile main Zynga Poker.Bile dah bankrap teruk mule lah nak dapatkan chips free.Macam-macam aku try,lastly dapat jugak chips.

Ni hasil daripada usaha aku.

Tak sempat nak enjoy je ada la dalam 3 tables aku main tibe2 blank.
Aku try login balik,tak boleh.Nak bukak main page facebook pon tak boleh.Totally block.
Adoi,sakit kepala aku.Aku try login kat lappy lain boleh je,tapi chips trus ZERO.Memang bengang lah.
Aku ingatkan facebook aku kene banned,tapi just lappy aku je yang tak boleh bukak facebook.So,ni prob kecik je,facebook just banned user daripada my own lappy.
Solution nya macam ni,simple.

1 > Buka My Computer,
2 > click >“tool” “Folder Options...”,”View”, “show hidden files,folder and drives”


3 > Remove highlight on the “Hide protected operating systems (Recommended)”  then nanti keluar    warn,"yes" je.Dah tu click “OK” atau "Apply",

Macam dalam pic ni

4 > Open “ACER (C:) > Windows > System32 > drivers > etc”


5 > Open “host” (Text Document),

pastikan "hosts' format (text document).

focus pada highlight tu,
6 > Remove or delete “222.22.22.2           www.facebook.com”.

7 > Close the Tab, “Save”.

kat situ ade tertera mana-mana page yang anda kene banned,caranya remove je macam facebook tu..
So,hope anda tak yah risau,hack la mana-mana page yang anda suka.ehehee...

thanks for reading this tutorial,kalau menarik just klik je Like button..
^^v

Nak Semak Seatime..??

haaa..korang yang baru turun kapal mesti mengelabah nak cek seatime an..
Entry kali ni aku wat tutorial macam mane nak semak seatime.
Puas juga aku cari,ni baru aku jumpe so aku share dengan korang.

1 > korang click je kat sini .
2 > Select Port Office tempat korang buat Seafarer Card dulu.
3 > click pada Jobseeker




















4 > click Apply as Jobseeker










5 > Masukkan Seafarer I/D anda









6 > Tick pada Seatime,pastu maklumat anda akan keluar seperti dibawah













Anda juga boleh semak maklumat lain seperti Certificate,Course,Discharge Book..dengan "tick" sahaja pada kotak kosong tuu..

Thanks for reading...kalau menarik just click like je..
^^v

Susah payah pelaut negara cari rezeki...

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, baru-baru ini menyarankan agar bidang perkapalan dipromosikan kepada remaja Malaysia. Memang benar Malaysia mempunyai kemahiran dalam industri kapal, minyak dan gas, juga merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. Terima kasih Tun kerana membangkitkan hal ini.
Untuk pengetahuan, suami saya telah bekerja selama hampir 20 tahun dengan syarikat perkapalan terbesar di Malaysia. Selalunya beliau belayar selama empat hingga ke enam bulan. Memang kerja beliau amat mencabar dan memerlukan tahap kemahiran, pengalaman serta kesabaran yang tinggi.
Walaupun dibayar dengan gaji agak ‘banyak’ mengikut pangkat dan pengalaman tetapi yang amat tidak faham (mungkin juga isteri-isteri pelaut lain) ialah mengapa gaji mereka masih lagi rendah berbanding dengan pelaut luar yang baru bekerja di syarikat tersebut terutamanya dari Filipina. Mereka dibayar mengunakan mata wang USD?
Lebih mengecewakan kebanyakan mereka tidak tahu buat kerja. Pengalaman kerja kosong! Apakah kelayakan pelaut kita dari Akademi Laut Malaysia (ALAM) ini tidak cukup bagus berbanding dengan pelaut luar?
Mereka juga susah untuk membuat pinjaman di bank, sama ada pinjaman peribadi, rumah atau kereta. Dengan alasan mereka belayar kapal, slip gaji tak laku, kerja kontraklah dan seribu macam alasan.
Kalau dapat pun pinjaman, faedah yang dikenakan amatlah tinggi. Nasiblah ada juga isteri-isteri mereka yang bekerja, boleh juga membuat pinjaman sendiri walau pun hakikatnya yang membayar adalah suami masing-masing.
Bagaimana pula jika isteri-isteri mereka tidak bekerja? Bagaimana mereka hendak membeli aset-aset untuk masa depan? Di manakah keistimewaan pelaut kita sebagai rakyat Malaysia?
Mereka bertungkus-lumus bekerja di tengah lautan mencari rezeki dengan berbulan-bulan meninggalkan keluarga. Kami tak kisah pun sebab itu kerjaya mereka. Tetapi kenapa kebajikan mereka tidak dijaga dengan baik? Di manakah mereka hendak mengadu ketidakpuasan hati masing-masing? Mungkin perkara ini tidak diketengahkan kepada pihak atasan, malah mungkin pihak atasan tidak tahu langsung mengenainya.
Saya dan juga isteri-isteri pelaut yang lain betul-betul tidak faham, sedih dan kecewa dengan situasi ini. Adakah syarikat berkenaan terlepas pandang perkara tersebut atau buat-buat tak pandang?
Diharap pihak berwajib tolonglah buat sesuatu. Kajilah kembali gaji dan kebajikan mereka sebelum ramai lagi pelaut Malaysia di syarikat itu ‘merajuk’ dan lari ke syarikat lain dengan tawaran yang lebih baik. Malah itulah yang sedang berlaku. Masih tak nampak ke?
Mereka masih sayang dan setia dengan syarikat ini kerana ia milik Malaysia. Tetapi adakah syarikat ini sayang kepada rakyat negara sendiri?


petikan dari  http://www.utusan.com.my 

List of Malaysian Shipping Company

List Of Malaysian Shipping Company


1 Inter Maritime Management Owner, Manager Malaysia Kuala Lumpur
2 Yayasan Sabah Shipping Sdn Bhd Owner, Manager Malaysia Kota Kinabalu
3 MISC Bhd Owner, Manager Malaysia Kuala Lumpur
4 Prima Shipmanagement Owner, Manager Malaysia Kuala Lumpur
5 Bormill Line Sdn Bhd Owner, Manager Malaysia Kuching
6 Malaysia Shipyard & Eng Port Service Malaysia 
7 Malaysian Shipowners' Assoc Maritime Organisation Malaysia Kuala Lumpur
8 Sabah Shipyard Sdn Bhd Shipbuilder, Repairer Malaysia 
9 Akademi Laut Malaysia (ALAM) Other Malaysia Masjid
10 Bumi Armada Navigation Sdn Bhd Owner, Manager Malaysia Miri
11 Petronas Tankers Owner, Manager Malaysia Kuala Lumpur

Musuh Dalam Selimut

Dalam kesibukan dan kesesakan hidup di rumah bujang yang mana enam orang menghuni rumah ni sedang rancak bersembang.Hampir tenggelam bunyi riuh rendah dan kesesakan hidup diluar dibuatnya.
hahaahaa...aku pun turut terhibur dengan gelagat dan kebodohan yang dipamerkan oleh warga rumah ini tanpa menghiraukan jam telah menunjukkan pukul 3 pagi.Suasana bertambah riuh apabila music yang dipasang menghangatkan lagi Susana.
oh,kecut perut aku dibuatnya,segmen drop-mendrop rancak diteruskan.tiba-tiba seorang daripada crew segmen ini tersenyum sinis,pelik aku lihat gelagatnya.tidak lama kemudian,kehadiran bau yang tidak menyenangkan menyuramkan suasana yg riuh tadi.bermulalah segmen teka-teki yang mana bermacam persoalan bermain di minda warga rumah.bau yang tidak menyenangkan tadi menusuk jauh kedalam rongga pernafasan membuatkan seisi rumah lemas.seorang daripada mereka menjerit mengeluarkan kata-kata kesat yang berbunyi, “#$%*&...!!”

Oh tidak! Aku masih beruntung kerana mempunyai teman akrab yang mana perwatakannya sungguh berani kerana mampu mengeluarkan angin didalam badannya yang mampu membuatkan si penghidu mengalami penyakit “Brain Clinical Death” (pengsan) deketika rancak meluangkan masa bersama.

Manakala si pelaku masih tidak dikenal pasti............

In case where Full Lift Safety Valve are not working,this gas will release.

Laut...!

Sudah menjadi lumrah hidupku tidak tinggal bersama keluarga setelah sekian lama.Namun,hati sedikit terpahat dengan kerinduan mahu seperti dahulu.Menikmati kehidupan bersama keluarga,bermesra bergurau senda bersama
.Diketika menjamah selera bersama keluarga,sungguh aku merindui saat itu.Walaubagaimanapun,aku tetap bersyukur dalam keadaan aku sekarang.Inilah kehidupan aku sekarang dan hari-hari yang mendatang.Aku selesa,ya,aku gembira dengan apa yang telah aku capai.Kali ini aku ingin memperkenalkan Rumah kedua ku.Walau tak secantik mana pun,aku tetap berbangga kerana bukan semua orang yang mampu menjalani hidup sebagai Pelaut.
Yang berdiri gagah berlantaikan laut,berbumbungkan langit,lembut ku lihat dibelai ombak yang tidak jemu mengusiknya sambil di tiup angin laut yang bisa menenangkan jiwa.Kelihatan Hijau,tenang kulihat walau pun hapus warnanya pabila ditengah lautan.Disinilah Kamar ku pada suatu ketika.Yang biru terbentang luas di sekeliling dunia,itulah Rumah Kedua ku dan seperti mana pelaut-pelaut lain.

Modular Course

Assalamualai kum..!^^ sememangnya perut aku kenyang baru je habiskan megi kari dimasak dengan dua biji telur,perh..memang meletup.nak-nak pulak duduk sesorang je dekat  taman chempaka ni beralamat no.16, sari 40..hahaha..Budak rumah semua pergi kursus kat Pelita Akademi ,di Kuala Kubu Baru,Selangor.Giliran aku pada 5hb/12/2011.Nasib la kursus lambat.Kali ini Modular Course about Survival,bayarannya lebih murah daripada Basic and Safety Training yang kami buat pada hujung semester dua dahulu.


Kursus Basic and Safety Training (BST) ni penting sekali untuk dijadikan tiket untuk bekerja di atas kapal,kalau tak ada kursus ini,tak boleh.heee..bayarannya tak adalah mahal sangat,RM1300 kot,lupa sudah..hee.kepada sesiapa yang berminat untuk bekerja di atas kapal pergi la buat kursus ni,kalau personal tak tahu lah berapa bayarannya.hahaa.okeyh..

Kami bertolak daripada Ipoh pada 18/12/2009 pada jam 1600hrs.Perjalanan penuh rintangan hujan pPublish Postanas kami redah juga.Konvoi beramai-ramai seiring dengan budak sekelas,time tu sem dua.bersama dengan abang-abang senior sem enam dan tujuh.Ramai jugak lah dekat 80 orang.



Pergi naik motor je.hehee..Kami sampai setelah dicampur-tolak dengan berhenti rehat,makan,buang air,kira-kira dalam 3jam setengah.dalam jam 1940hrs kami tiba di lokasi.

Sebaik tiba dilokasi,kami diberi tempat tinggal,kami tinggal di kem PLKN daerah KKB.hehee.duduk dalam dorm lah jawabnya.Semua kelihatan penat,mane tak nye,hampir 4 jam memandu.ahahaa(taka de la lame sangat).Malam tu semua tido awal.


Ni namenye Fuad,budak rumah aku..ahahaa

Anak Laut.

Assalammualaikum...Sepetang di gigi senja,ketika santai ku di laman "deck" menunggu ketibaan "servis boat" untuk ku jejakkan kaki ketanah setelah sekian lama berada di lautan,
 ku tulis satu puisi