Laut...!

Sudah menjadi lumrah hidupku tidak tinggal bersama keluarga setelah sekian lama.Namun,hati sedikit terpahat dengan kerinduan mahu seperti dahulu.Menikmati kehidupan bersama keluarga,bermesra bergurau senda bersama
.Diketika menjamah selera bersama keluarga,sungguh aku merindui saat itu.Walaubagaimanapun,aku tetap bersyukur dalam keadaan aku sekarang.Inilah kehidupan aku sekarang dan hari-hari yang mendatang.Aku selesa,ya,aku gembira dengan apa yang telah aku capai.Kali ini aku ingin memperkenalkan Rumah kedua ku.Walau tak secantik mana pun,aku tetap berbangga kerana bukan semua orang yang mampu menjalani hidup sebagai Pelaut.
Yang berdiri gagah berlantaikan laut,berbumbungkan langit,lembut ku lihat dibelai ombak yang tidak jemu mengusiknya sambil di tiup angin laut yang bisa menenangkan jiwa.Kelihatan Hijau,tenang kulihat walau pun hapus warnanya pabila ditengah lautan.Disinilah Kamar ku pada suatu ketika.Yang biru terbentang luas di sekeliling dunia,itulah Rumah Kedua ku dan seperti mana pelaut-pelaut lain.

Berdiri megah kamarku walaupun tidak dipandang.Gambar menunjukkan saat Accomodation dicantikkan semula setelah rosak dihakis dek air masin.disinilah padang bolasepak di ketika lapang aku dan crew kapal beriadah.
Rindu terpahat didada pabila teringat akan masakan ibunda yang jauh dimata.namun,ku ubat dengan masakan sendiri bercampur senyuman yang tidak seberapa.Akan tetapi,belum cukup tuk aku tandingi air tangan ibunda,rinduku tetap terpahat dan tidak terubat.Disinilah tempat Chief Cook bertugas dimana diluar waktu tugasnya,aku mengambil alih tuk aku memuaskan nafsu makanku.heee
Taraf Ilmu yang telah kutimba didarat,jauh sekali jika dibandingkan ilmu yang ku peroleh disini.Jika dahulu aku berhadapan dengan papan putih,buku dan guru,sedangkan di awasi guru pun tidak sampai 10 minit aku boleh terbuai,inikan 4 jam setiap hari dua kali aku terpaksa menghadap si panel ni selama 6bulan,aku rasa tidak perlu ku katakan anda sendiri tahu reaksinya.Inilah lumrah kehidupan sebagai pelaut.
 Diketika enak dibuai dengan ngauman enjin 4stroke buatan china yang berfrequensi tinggi,ditambah bunyi bingit yang dikeluarkan oleh sang Turbocharge,aku hanyut dibuai mimpi dek terkena hembusan air-cond di Control Room.Tiba-tiba aku terjaga,suara ngauman tadi terdiam.Dalam keadaan sunyi sepi,aku menjerit, “Water Park..!!!”..Ku silence alarm yang berbunyi.Alamat yang tidak baik,Sang engine 4 stroke mahukan belaian manja daripada anak-anak kapal.Beginilah kehidupan aku disini,dalam seminggu hampir 4 kali aku bermanja dengan nya.. T_T
Penat lelah dikongsi bersama,kehidupan harus diteruskan.Hampir separuh tenaga dikeluarkan,bucu control room ku pilih tuk ku rehatkan badan ku tuk seketika.sungguh berjasa.
Seketika teringat di luar,pakaian ku jaga,kemas rapi rambut ku urus.Tetapi berlainan pula disini,beginilah yang paling hensem dan beginilah rupaku setiap hari kerana tiada siapa pun yang melihat,rata-rata sudah jemu memandang wajah-wajah  yang sama.


Dikala lapang,disini lah anjung ku beristi rehat sambil ditemani rakan-rakan sekerja.lalu kusampaikan sebuah lagu yang berbunyi, “Aku Mahu Pulang..!!WOOOoo!!”
Jauh sekali beza kehidupan ku jika dibandingkan dengan dahulu,jika dahulu mataku di jamu dengan hijauan tumbuhan,kesesakan kehidupan,tetapi disini mataku disejukkan dengan keindahan ciptaan Yang Maha Kuasa yang mendatangkan ketenangan.
Tatkala burung pun pulang kesarang,inikan pula manusia.Aku mula bosan,mencari ketenangan  di tempat lain.lalu ku memanggil servis boat untuk aku mengubatkan kerinduan hidup seperti orang lain.aku turun,perasaan ku berubah pabila kaki menjejak ketanah.Oh!indahnya dunia...
Bermain di rantau orang tuk mengubat kerinduanku di halaman sendiri.Tidak kusia-siakan masa yang amat singkat tuk aku menjejakkan kaki di darat.Indah ku nikmati walau seketika.





No comments:

Post a Comment