Pelaut Membantu Palestin !

Assalamualaikum.

Dalam kesibukan mencari nafkah sebagai pelaut, cuba lah mencari sedikit ruang untuk melakukan sedikit amal. Walaupun sukarnya menempuh hidup sebagai pelaut, masih ada lagi insan yang menempuh hidup yang amat sukar dari kita.

Disini saya hendak kongsikan kepada rakan-rakan. Dikhabarkan rakan-rakan pelaut memperoleh gaji yang memuaskan. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan rakan-rakan cara mudah untuk beramal disamping sibuk dalam melaksanakan tugas sebagai pelaut, jangan kita lupa tugas kita sebagai umat islam. Saudara-saudara islam kita di Palestine amat memerlukan bantuan dari kita.

Disini saya kongsikan tentang Auto debit, potongan bulanan daripada akaun anda ke akaun Aman Palestin .
Langkah ini mudah dan sesuai bagi pelaut seperti kita yang tidak punya kesempatan untuk menghulurkan bantuan sekiranya bertugas.

Untuk makluman, pihak Aman Palestin hanya mampu menyediakan perkhidmatan Auto debit melalui Maybank sahaja.


Aman Palestin juga telah menganjurkan kempen 1 Rumah 1 Tabung Palestin bagi menggalakkan setiap ahli keluarga menyumbang kepada Palestine sedikit demi sedikit setiap hari. Anda boleh membeli Tabung Palestin dengan harga RM3 (rendah)  RM5 (tinggi).


Saya berharap rakan-rakan pelaut mengambil peluang ini untuk menyalurkan sumbangan kepada saudara kita di Palestin di samping menunaikan tanggung jawab sebagai umat islam. Insha'Allah pahala daripada sumbangan ikhlas dari anda akan sentiasa mengalir. Jom mulakan sumbangan serendah RM10. =)

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh terus menghubungi Aman Palestin , saya hanya berkongsi sahaja. =) 

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment